Monday, March 30, 2009

Industri Buku Perlu Teraju..!

Setelah merenung tajam dan dalam, Malaysia ada segalanya yang diperlukan untuk semarakkan industri buku tanahair.

Namun, kenapakah industri buku belum juga mencapai sebagai sepatutnya, walaupun melebihi 50 tahun merdeka.

Belum ada kenyataan rasmi pihak Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Namun pada saya, Industri Buku Malaysia Perlu Teraju.

Pemimpin sahaja tidak mencukupi.

Kita sudah pun ada pentadbir, pengurus, pekerja, penyokong, penerbit, pencetak, dan sepasukan hebat untuk industri buku.

Namun tanpa Teraju, industri buku tidak ke mana. Masih ditakuk lama.

Dengan yang demikian, Malaysia perlu ada sebuah Kementerian.

Kementerian Pembangunan Buku.

Lantiklah seorang daripada Bukuwan sebagai Menteri.

Setelah itu, kita bakal dapat saksikan kemajuan industri buku di Malaysia.

Semoga, dalam Yayasan Pembangunan Buku Negara, dapat diperincikan usul ini.

Kemudian dibentangkan kepada kerajaan untuk segera melaksanakannya.

Sunday, March 29, 2009

Bidang Kerja Yayasan Pembangunan Buku Negara

* Membantu dan bekerjsama dengan pihak yang menjalankan gerakan dan kempen membaca di peringkat tempatan, negeri, dan kebangsaan.

* Membantu pihak yang mengelolakan pameran buku untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat.

* Membuat kajian untuk mengenalpasti bahan bacaan yang diminati oleh masyarakat.

* Mengumpul buku terpakai dan menghadiahkannya kepada perpustakaan terutama di luar bandar (Wakaf Buku).

Matlamat Yayasan Pembangunan Buku Negara

YPBN merancang untuk menerbitkan 3,000 judul buku baru dalam tempoh 2008 hingga 2012.

Rancangan tersebut dijangka menelan belanja modal pusingan sebanyak RM 10 Juta.

Di antara Kategori Buku dan Bilangan Judul

Kanak-kanak 500

Bacaan Umum 1,000

Remaja 500

Ilmiah 1,000

Saturday, March 28, 2009

Profil Yayasan Pembangunan Buku Negara

Yayasan Pembangunan Buku Negara

adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 23.03.2003.

Yayasan Pembanggunan Buku Negara ditubuhkan bagi menyahut seruan kerajaan untuk memajukan industri buku dan mengembangkan budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia.

Kajian menunjukkan rakyat Malaysia adalah dalam kategori masyarakat yang malas membaca.

Mengikut UNESCO United Nations Educational, Scientific And Cultural Organization, kira-kira 46 % sahaja masyarakat yang serius membaca dan mereka adalah terdiri daripada pelajar dan ahli-ahli profesional.

Di samping tiu, Malaysia juga kekurangan penerbit yang menghasilkan buku yang bermutu tinggi.

Kira-kira 90 % buku yang ada di perpustakaan di seluruh negara adalah diimport dari luar negara.

Menyedari hakikat ini, Yayasan pembangunan Buku Negara ditubuhkan untuk membantu meningkatkan kempen menyemai budaya membaca masyarakat Malaysia dalam usaha mencapai Wawasan negara.

Wednesday, March 25, 2009

Projek Karang Buku Nasional

YPBN - Komponen Utama Untuk Terajui Industri Buku Malaysia

Yayasan Pembangunan Negara Malaysia

didukung empat komponen utama:

Akademi Buku Malaysia

Anugerah Buku Negara

Expo Buku

Tabung Buku Negara

Perincian setiap komponen menyusul...


Zubli Zainordin

KPO

Ketua Pegawai Operasi

YPBN

Yayasan Pembangunan Buku Negara

017 236 0063

zubli.s.ebook@gmail.com

YPBN - Yayasan Pembangunan Buku Negara

Ini Laman Rasmi.

Maklumat Seterusnya menyusul

Zubli Zainordin

KPO

Ketua Pegawai Operasi

YPBN

Yayasan Pembangunan Buku Negara

017 236 0063

zubli.s.ebook@gmail.com