Tuesday, April 7, 2009

Hasan Hamzah Menegaskan 27000 Buku Am Setahun Untuk Malaysia Maju

KUALA LUMPUR 6 April - Malaysia perlu menerbitkan 27,000 judul buku umum setahun untuk menjadi negara maju berilmu setaraf negara maju yang lain, kata Presiden Persatuan Kontraktor Buku Malaysia, Hasan Hamzah.

Berdasarkan pengamatan mengenai penerbitan buku, beliau berkata, penerbitan buku di Jepun, Korea Selatan, Denmark, Sweden, Jerman dan negara-negara maju lain, dilakukan pada nisbah 1,000 judul buku untuk satu juta penduduk.

''Untuk itu, secara nisbahnya, Malaysia perlu menerbitkan 27,000 judul buku untuk 27 juta penduduknya dalam setahun,'' katanya di sini.

Bagi menerbitkan 27,000 judul buku, katanya, peruntukan kira-kira RM300 juta diperlukan untuk membantu penerbit buku meningkatkan penghasilan dan penjualan buku umum.

Hasan berkata, Malaysia kini menerbitkan 10,000 judul buku sahaja setahun dan jumlah itu masih jauh dari sasaran untuk mencapai taraf negara maju berilmu.

Katanya, majoriti buku yang terdapat di Malaysia adalah diimport walaupun memiliki ramai cendekiawan tempatan yang mampu menghasilkan buku umum seperti kira-kira 350,000 golongan pendidik dan lebih 40,000 pensyarah atau profesor.

''Masyarakat kita sebenarnya sukakan ilmu dan bacaan tetapi buku yang dijual adalah terlalu mahal.

''Pada perkiraan saya, untuk menjual buku dengan harga murah, sesebuah judul buku itu harus dicetak dengan permintaan sekurang-kurangnya 3,000 naskhah setahun,'' katanya.

Hasan berkata, permintaan terhadap buku-buku umum akan meningkat dengan sokongan kerajaan melalui penyediaan peruntukan khusus untuk penerbitan buku-buku bacaan umum.

- BERNAMA

Hasan Hamzah On 27000 General Books For a Developed Malaysia

'27,000 book titles a year, and Malaysia will be developed'

KUALA LUMPUR, April 5 — Malaysia has to publish 27,000 book titles for general reading annually to become a knowledgeable developed nation and be on par with other developed countries, Malaysian Book Contractors Association president Hasan Hamzah said.

He said this being that in countries like Japan, South Korea, Denmark, Sweden and Germany, the ratio was 1,000 book titles to one million population.

"Hence, Malaysia has to publish 27,000 book titles for its 27 million population a year, " he said, adding that such an effort would require an allocation of about RM300 million.

Hasan said Malaysia currently published only 10,000 book titles every year, which is still very far behind from that in other developed countries.

Most of the books found in Malaysia were imported ones, despite the country having many local intellectuals, including about 350,000 teachers and more than 40,000 lecturers or professors, who were capable of producing books for general reading, he added.

However, he said it was not because there were not many locally-published books that reading was not a habit among Malaysians.

"Actually, our society loves knowledge and they like to read. It is because books are expensive to buy," he added.

Hasan said that for a book to be sold cheaply, a publisher had to print at least 3,000 copies for each title a year.

There would be an increase in demand for general books with support from the government through provision of special allocations for publication of books for general reading, he added.

— Bernama

Wednesday, April 1, 2009

Anugerah Buku Negara

Kategori Penganugerahan

Penulis Buku Kanak-Kanak Terbaik Dalam Bahasa Melayu

Penulis Buku Ramaja Terbaik Dalam Bahasa Melayu

Penulis Buku Umum Bukan Fiksyen Terbaik Dalam Bahasa Melayu

Penulis Buku Umum Kreatif (Fiksyen) Terbaik Dalam Bahasa Melayu

Penulis Buku Akademik Dan Profesional (Karya Asli) Terbaik Dalam Bahasa Melayu

Penulis Buku Akademik Dan Profesional (Terjemahan) Terbaik Dalam Bahasa Melayu

Penulis Buku "Coffee Table" (Edisi Mewah) Terbaik Dalam Bahasa Melayu

Penulis Buku Umum Bukan Fiksyen Terbaik Dalam Bahasa Inggeris

Penulis Buku Umum (Fiksyen) Terbaik Dalam Bahasa Inggeris

Penulis Buku Umum Terbaik Dalam Bahasa Cina

Penulis Buku Umum Terbaik Dalam Bahasa Tamil

Editor Terbaik - Buku Bahasa Melayu

Editor Terbaik - Buku Bahasa Inggeris

Editor Terbaik - Buku Bahasa Cina

Editor Terbaik - Buku Bahasa Tamil

Ilustrator Terbaik - Buku Kanak-Kanak Dalam Bahasa Melayu

Ilustrator Terbaik - Buku Umum Dalam Bahasa Melayu

Rekabentuk Buku Terbaik - Buku Kanak-Kanak Dalam Bahasa Melayu

Rekabentuk Buku Terbaik - Buku Umum Dalam Bahasa Melayu

Senireka Grafik Terbaik (DTP)

Senifoto Terbaik Buku "Coffee Table" Dalam Bahasa Melayu

Percetakan Dan Penjilidan Terbaik - Buku Kanak-Kanak Dalam Umum Bahasa Melayu

Percetakan dan Penjilidan Terbaik - Buku Umum Dalam Bahasa Melayu

Buku Terbaik (Bukan Fiksyen)

Buku Terbaik (Novel)

Penerbit Terbaik

Buku Terlaris (Bukan Fiksyen) - Best Seller

Kedai Buku Terbaik

Tokoh Industri Buku Malaysia

Tokoh Buku Negara