KUALA LUMPUR 6 April - Malaysia perlu menerbitkan 27,000 judul buku umum setahun untuk menjadi negara maju berilmu setaraf negara maju yang lain, kata Presiden Persatuan Kontraktor Buku Malaysia, Hasan Hamzah.
Berdasarkan pengamatan mengenai penerbitan buku, beliau berkata, penerbitan buku di Jepun, Korea Selatan, Denmark, Sweden, Jerman dan negara-negara maju lain, dilakukan pada nisbah 1,000 judul buku untuk satu juta penduduk.
''Untuk itu, secara nisbahnya, Malaysia perlu menerbitkan 27,000 judul buku untuk 27 juta penduduknya dalam setahun,'' katanya di sini.
Bagi menerbitkan 27,000 judul buku, katanya, peruntukan kira-kira RM300 juta diperlukan untuk membantu penerbit buku meningkatkan penghasilan dan penjualan buku umum.
Hasan berkata, Malaysia kini menerbitkan 10,000 judul buku sahaja setahun dan jumlah itu masih jauh dari sasaran untuk mencapai taraf negara maju berilmu.
Katanya, majoriti buku yang terdapat di Malaysia adalah diimport walaupun memiliki ramai cendekiawan tempatan yang mampu menghasilkan buku umum seperti kira-kira 350,000 golongan pendidik dan lebih 40,000 pensyarah atau profesor.
''Masyarakat kita sebenarnya sukakan ilmu dan bacaan tetapi buku yang dijual adalah terlalu mahal.
''Pada perkiraan saya, untuk menjual buku dengan harga murah, sesebuah judul buku itu harus dicetak dengan permintaan sekurang-kurangnya 3,000 naskhah setahun,'' katanya.
Hasan berkata, permintaan terhadap buku-buku umum akan meningkat dengan sokongan kerajaan melalui penyediaan peruntukan khusus untuk penerbitan buku-buku bacaan umum.
- BERNAMA
Siapkan Kertas Cadangan Buku
-
Jika anda tiada perancangan untuk menerbitkan buku sendiri, dan ingin buku
karangan anda diterbitkan penerbit yang terkenal di pasaran buku, maka anda
seb...
16 years ago
ass wr wb
ReplyDeletemaaf jangan hanya jumlahnya saja yang banyak
tapi juga harus diperhatikan mutu dan kualitasnya
wass wr wb
Salaam. 27 ribu? whoaa banyak tuu, tapi kenapa ambe tengok kat pasaran macam tak banyak mana pun hehe. Or maybe this is just for a library use?
ReplyDeletewhat ever, really great if i can contribute to write a book. But what book can i write? :D
great effort, keep it up bro :)
Sdr/i neeZhom, sila hubungi alid_ina@yahoo.com untuk mengetahui menulis dan menerbit buku. sdr Zubli sangat mahir dalam bidang ini...
ReplyDelete