Monday, March 30, 2009

Industri Buku Perlu Teraju..!

Setelah merenung tajam dan dalam, Malaysia ada segalanya yang diperlukan untuk semarakkan industri buku tanahair.

Namun, kenapakah industri buku belum juga mencapai sebagai sepatutnya, walaupun melebihi 50 tahun merdeka.

Belum ada kenyataan rasmi pihak Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Namun pada saya, Industri Buku Malaysia Perlu Teraju.

Pemimpin sahaja tidak mencukupi.

Kita sudah pun ada pentadbir, pengurus, pekerja, penyokong, penerbit, pencetak, dan sepasukan hebat untuk industri buku.

Namun tanpa Teraju, industri buku tidak ke mana. Masih ditakuk lama.

Dengan yang demikian, Malaysia perlu ada sebuah Kementerian.

Kementerian Pembangunan Buku.

Lantiklah seorang daripada Bukuwan sebagai Menteri.

Setelah itu, kita bakal dapat saksikan kemajuan industri buku di Malaysia.

Semoga, dalam Yayasan Pembangunan Buku Negara, dapat diperincikan usul ini.

Kemudian dibentangkan kepada kerajaan untuk segera melaksanakannya.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih di atas komen anda demi memajukan industri buku negara.