Saturday, March 28, 2009

Profil Yayasan Pembangunan Buku Negara

Yayasan Pembangunan Buku Negara

adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 23.03.2003.

Yayasan Pembanggunan Buku Negara ditubuhkan bagi menyahut seruan kerajaan untuk memajukan industri buku dan mengembangkan budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia.

Kajian menunjukkan rakyat Malaysia adalah dalam kategori masyarakat yang malas membaca.

Mengikut UNESCO United Nations Educational, Scientific And Cultural Organization, kira-kira 46 % sahaja masyarakat yang serius membaca dan mereka adalah terdiri daripada pelajar dan ahli-ahli profesional.

Di samping tiu, Malaysia juga kekurangan penerbit yang menghasilkan buku yang bermutu tinggi.

Kira-kira 90 % buku yang ada di perpustakaan di seluruh negara adalah diimport dari luar negara.

Menyedari hakikat ini, Yayasan pembangunan Buku Negara ditubuhkan untuk membantu meningkatkan kempen menyemai budaya membaca masyarakat Malaysia dalam usaha mencapai Wawasan negara.

1 comment:

  1. saya nak hantar karya saya. bagaimana?
    arzmansaad@yahoo.com
    0196294134

    ReplyDelete

Terima Kasih di atas komen anda demi memajukan industri buku negara.